Memaparkan catatan dengan label spyware. Papar semua catatan

Aplikasi Spyware Pertama Untuk Google Glass Didedahkan

Google Glass semakin mendapat perhatian ramai. Ia seakan sebuah komputer kecil yang anda pakai seperti cermin mata membolehkan anda melayari web, e-mel, teks, mengambil gambar , video secara langsung dan banyak lagi.

Walaupun Google Glass dikeluarkan secara terhad, tetapi penyelidik telah membangunkan spyware yang pertama di dunia yang boleh merampas Google Glass anda.

Dua penyelidik, Mike Lady berusia 22 tahun dan  Kim Paterson berusia 24 tahun dari California mencipta sebuah aplikasi yang mempunyai keupayaan untuk menukar Google Glass ke kamera spy yang menagkap gambar setiap 10 saat tanpa disedari pemakainya.

Aplikasi malware dicipta dikenali sebagai 'Malnotes' yang memerangkap pengguna menerima kebenaran yang membolehkan menangkap imej apa sahaja yang dilihat pemakai ketika itu setiap 10 saat dan apabila paparan dimatikan, ia akan memuat naik server.

Walaupun ada polisi Google khusus mengharamkan aplikasi yang menangkap imej semasa paparan peranti dimatikan, tetapi kedua-dua penyelidik California membuktikan bahawa tidak ada larangan keselamatan sebenar menguatkuasakan dasar ini.

Forbes melaporkan dalam satu temu bual video pendek dengan para penyelidik, Google Glass yang mmpunyai Malnotes milik Mike Lady memuat naik lebih daripada 150 gambar tanpa disedari oleh pemakai atau orang sekeliling. 

Para penyelidik telah berjaya memuat naik aplikasi berniat jahat ke dalam kedai aplikasi Google yang kemudiannya dikeluarkan dari Google apabila berita tentangnya tersebar.


Hacking Team Jual Spyware Kepada 21 Negara

Mengintip dunia dengan menyuntik backdoors canggih dalam perisian, sistem dan telefon bimbit membawa kepada pelanggaran privasi dan keselamatan setiap individu.

Negara-negara dengan beberapa rekod hak asasi manusia yang lemah dan negara kurang maju dari segi teknikal merupakan pengguna spyware komersial dalam membuat pengawasan seperti NSA.

Citizen lab, sebuah makmal penyelidikan tanpa keuntungan telah mengesan alat hacking di 21 buah negara yang dibangunkan oleh Hacking Team, termasuk di Ethiopia, Sudan, Azerbaijan dan Arab Saudi.

Hacking Team juga dikenali sebagai HT S.r.l, adalah sebuah syarikat Itali yang terkenal dengan perisian pengawasan Remote Code System (RCS) yang dijual kepada kerajaan dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang.

Remote Code System (RCS) adalah malware menjangkiti komputer dan telefon pintar untuk membolehkan pengawasan secara rahsia. Trojan yang dipasang dalam komputer mangsa boleh memintas komunikasi disulitkan (encrypted), termasuk e-mel dan panggilan suara Skype. 

Tambahan pula, RCS boleh menghidupkan webcam dan mikrofon untuk mengintip pengguna tanpa pengetahuan mereka.


- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -