Februari 14, 2014

Jika dalam rancangan TV Mission: Impossible, kita selalu dapat melihat bagaimana alat pita arahan sentiasa hancur dengan sendiri dan tidak jatuh ke tangan musuh.

Sekarang Tentera AS mahu perkara tersebut berlaku dalam kehidupan sebenar dengan alat elektronik yang hancur dan kembali kepada debu megikut arahan.

Defense Advanced Research Projects Agency's (DARPA's) Microsystems Technology Office telah membangunkan projek Vanishing Programmable Resources (VAPR) bertujuan untuk membangunkan alat elektronik sementara yang boleh hilang dengan cara yang terkawal.

DARPA memberikan kontrak $2.1 juta kepada PARC dan kontrak bernilai $3.4 juta kepada IBM untuk membangunkan program VAPR itu.

(untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Vanishing Programmable Resources (VAPR) program)

Untuk menjadi debu yang tidak berguna kepada musuh di medan perang, IBM merancang untuk menggunakan bahan kaca yang akan hancur dan dengan itu membuatkan cip menjadi serbuk silikon yang akan diaktifkan oleh fius atau lapisan logam reaktif menggunakan isyarat radio.

PARC sedang mewujudkan teknologi Disintegration Upon Stress-release Trigger (DUST) yang menjadikan alat elektronik sensitif bertukar menjadi pasir halus untuk melihat dengan mata kasar.

Walaupun ia untuk kegunaan menjaga teknologi sensitif daripada tangan musuh, tetapi DARPA juga dilihat mempunyai aplikasi yang berpotensi untuk digunakan dalam tubuh manusia.

Dalam aplikasi perubatan, alat elektronik sementara itu mungkin boleh digunakan sebagai sensor dan pecah kepada bahan yang boleh diserap oleh badan apabila tidak lagi diperlukan.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -