Februari 14, 2014

Selepas laman web Silk Road, satu lagi kedai pasaran gelap Utopia di deep web (deep web adalah laman web yang tidak kelihatan kepada umum tetapi boleh dilayari jika tahu caranya, salah satu software terkenal adalah TOR) telah ditutup oleh Polis Negara Belanda,

Di laman web tersebut, pengguna boleh membeli ubat-ubatan haram dan senjata untuk penghantaran ke rumah.

Polis memulakan siasatan mereka di bawah codename 'Operation Commodore' pada tahun 2013 dan akhirnya merampas pelayan (server) dan menangkap 5 suspek yang menjalankan perniagaan ini.

Seorang suspek ditangkap di Jerman dan empat suspek lain telah ditahan di Belanda berumur dalam lingkungan 29-46 tahun. Dua daripada mereka telah terlibat dalam satu lagi laman web di deep web bertajuk 'Black Market Reloaded' yang ditutup pada Disember 2013.

Laman web Utopia dilaporkan dilancarkan minggu lalu yang bertujuan untuk menjadi pesaing utama kepada Silk Road.

Banyak dadah termasuk ecstasy dan kokain, senapang dan kad kredit yang dicuri boleh didapati melalui pasaran Utopia, ia juga menawarkan alat untuk hacking dan perkhidmatan perjudian.

Polis Belanda telah merampas 900 Bitcoin (matawang dalam pasaran gelap) yang dianggarkan bernilai antara $540,000 - $815,000 dan lelaki Jerman berusia 21 tahun akan diekstradisi ke Belanda tidak lama lagi.

Polis Belanda enggan mendedahkan secara terperinci bagaimana Utopia boleh ditutup dan berjanji untuk memberikan  maklumat lanjut minggu ini.

Walau bagaimanapun, moderator laman web ini mengatakan rampasan Utopia adalah satu tamparan hebat kepada masyarakat darkweb/deepweb dan cuba untuk berkumpul semula dengan ahli-ahli lain untuk melancarkan satu laman web baru.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -