Februari 15, 2014

Pengeluar telefon pintar seperti Apple membuat satu aplikasi untuk pemilik mengesan dan menguruskan telefon mereka jika hilang atau dicuri.

Biasanya, iPhone memerlukan kata laluan jika anda mahu mematikan "Find My iPhone", tetapi ia tidak sepenuhnya sempurna dan pencuri kini cukup bijak untuk mematikan aplikasi 'Find My iPhone' pada peranti yang menggunakan iOS 7.0.4 dan versi yang lebih rendah, tanpa perlu untuk memasukkan kata laluan.

Kaedah eksploitasi melibatkan beberapa langkah mudah yang melibatkan hanya perlu membuat perubahan dalam tetapan iCloud, walaupun mereka tidak tahu kata laluan.

Langkah-langkah untuk hack 'Find My iPhone':
  • Pergi ke iCloud dalam setting.
  • Pilih akaun anda.
  • Masukkan password yang tidak betul, dan tekan 'done'.
  • Apabila keluar amaran 'wrong password', tekan OK dan cancel.
  • Pilih semula akaun anda.
  • Kosongkan kotak 'description' dan kemudian tekan 'Done'.
  • Anda akan mendapati aplikasi 'Find My iPhone' akan tertutup.

Kaedah hack ini perlu kepada akses secara terus kepada telefon terbabit. Perkara ini boleh dilakukan apabila telefon tidak disetkan password untuk membukanya atau tidak mengaktifkan alan pengesan cap jari. Kaedah ini tidak dapat dilakukan kepada iOS 7.1.


Tip keselamatan:
  1. Update iOS anda kepada iOS 7.1 dan keatas bila sudah dikeluarkan
  2. Sentiasa aktifkan finger print atau password untuk membuka telefon
  3. Aktifkan "Apple’s device Lock system", yang akan menyekat pencuri daripada memadam atau menggunakan semula telefon tersebut kecuali memasukkan Apple ID dan password.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -