Februari 16, 2014

PandaLabs, sebuah syarikat keselamatan telah mengenal pasti aplikasi berniat jahat Android pada Google Play yang boleh mendaftar pengguna bagi perkhidmatan langganan SMS premium tanpa kebenaran mereka.

Setakat ini ia telah menjangkiti sekurang-kurangnya 300,000 pengguna Android (walaupun bilangan muat turun boleh mencecah 4 kali lebih tinggi iaitu 1,200,000 pengguna).

Empat aplikasi percuma di Google Play mengandungi scam penipuan SMS Premium dikenali sebagai "Easy Hairdos", "Abs Diets", "Workout Routines" and "Cupcake Recipes".

Contohnya selepas 'Abs Diet' dipasang pada telefon dan sebaik sahaja pengguna telah menerima terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan, aplikasi memaparkan satu siri tips untuk mengurangkan lemak di bahagian abdomen. Kemudian tanpa pengetahuan pengguna, aplikasi tersebut mencari nombor telefon, menghubungkan ke laman web dan menandatangani mangsa perkhidmatan langganan SMS premium.

Para penyelidik di Panda Labs menganggarkan bahawa purata pengguna dikenakan bayaran $20 oleh aplikasi ini dan antara 300,000 dan 1,200,000 yang memuat turun, jadi mereka anggarkan penipu boleh memperoleh pendapatan antara $6 juta - $24 juta daripada pengguna yang tidak curiga.


Tip
  • Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati membaca kebenaran (permission) semasa memasang setiap aplikasi untuk telefon mereka.
  • Jika mana-mana aplikasi bertujuan untuk membaca SMS dan mahu menyambung ke Internet tetapi dalam keadaan mencurigakan, fikir-fikirkanlah semula





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -