Februari 15, 2014

Tesco UK terpaksa menggantung 2,240 akaun pengguna selepas senarai alamat e-mel, kata laluan dan baki baucar Clubcard telah diposkan dalam Internet.

Senarai butiran pengguna dibuang di laman perkongsian teks popular Pastebin pada petang Khamis yang pada mulanya dianggap sebagai palsu sehingga sesetengah pengguna Twitter mula mencuba kombinasi username dan password dan berjaya.

Tesco berkata data butiran pengguna kemungkinan bocor akibat daripada pengguna yang menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang sama di beberapa akaun di Internet.

Sesetengah pengguna Tesco.com memberitahu bahawa baucar Clubcard mereka telah dicuri walaupun jumlahnya agak kecil. Tesco telah mengumumkan bahawa ia akan menawarkan baucar gantian kepada semua mangsa yang terlibat.


Tip:

  • Jangan gunakan password yang sama untuk setiap akaun anda di Internet, jika 1 dapat digodam, yang lain akan turut terlibat sama.
  • Jangan buka emel dari penghantar yang diragui, ia mungkin mengandugi link ke laman web yang palsu bertujuan mencuri data pengguna
  • Sentiasa pastikan alamat URL yang hendak kita layari adalah seperti yang sebenar (contoh: http://www.cimbclicks.com.my/ bukannya alamat yang pelik-pelik)







{ 1 Pembaca Dah Tinggalkan Komen... read them below or add one }

  1. huuuu scarynye~ kite guna 1 pasword sbb kite nyanyuk.

    BalasPadam

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -