Februari 15, 2014

Saya tahu jika disebut dunia hacking, pasti ramai yang terbayang adalah dunia yang penuh kejahatan dan merosakkan. Tetapi ingin saya tegaskan di sini adalah, seorang hacker tak semestinya seorang yang jahat. Ada juga hacker yang baik menjaga dan mempertahankan kita dari ancaman hacker jahat.


Sekarang mari kita lihat jenis2 hacker dalam dunia ni:


White Hat:
Adalah hacker baik (ethical hacker) yang hack sesuatu sistem untuk  mencari kelemahan sistem tersebut dan mencari jalan untuk membaiki kelemahan tersebut.

Mereka adalah yang hacker professional dan menggunakan kebolehan untuk tujuan defensive (menjaga sistem daripada ancaman)


Black Hat:
Adalah hacker jahat yang mempunyai kemahiran luas dalam dunia komputer, mereka menyerang website yang terdedah, menyebarkan virus dan menjadikan komputer orang lain sebagai Zombie untuk menyerang orang lain tanpa pemilik komputer itu tahu (DDOS attack).

Kadangkala memeras ugut orang lain sehingga keperluan mereka dipenuhi dan mereka selalunya bekerja secara dalam kumpulan dan dianggotai oleh hacker-hacker bijak.


Grey/gray Hat:
Adalah hacker yang berada diantara alam jahat dan baik (berada di tengah antara blak hat dan white hat). Mereka boleh jadi seorang yang sangat membantu dan boleh menjadi seorang yang membahayakan.


Script Kiddies:
Hacker yang kurang pengalaman dan menggunakan software yang dicipta oleh hacker sebenar untuk menjalankan kegiatan hacking.


Spy Hacker:
Hacker yang diupah oleh organisasi tertentu untuk mencari rahsia syarikat yang menjadi saingan mereka


State Sponsored Hacker
Hacker yang diupah oleh sesebuah kerajaan untuk mencari rahsia dan merosakkan sistem maklumat kerajaan lain


Suicide Hacker:
Hacker yang dengan sengaja merosakkan sesuatu sistem komputer dan tidak kisah bakal menerima hukuman

Logo Blackhat

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -