Februari 12, 2014

Walaupun selepas banyak amaran dan kempen kesedaran kepada masyarakat umum, kata laluan yang mudah diteka oleh hacker dan lemah masih tetap digunakan. Kata laluan (password) seperti 123456, password, 12345678 , QWERTY atau abc123 masih menjadi pilihan pengguna.

Jika anda menggunakan password yang tersenarai di sini, anda dinasihatkan untuk mengubahnya kerana hacker boleh mengagaknya dan masuk ke akaun anda dengan mudah. Anda juga tidak digalakan menggunakan password yang terdapat dalam kamus (iaitu perkatan-perkataan yang terdapat dalam kamus) kerana ia boleh diserang menggunakan 'dictionary attack'.

Di sini saya kongsikan beberapa tips berguna untuk membuat kata laluan yang kuat dan selamat tetapi mudah untuk diingati:
  • Gunakan kombinasi huruf kecil, huruf besar, nombor, dan aksara khas (special character) yang mempunyai 8 perkataan atau lebih seperti s9%w^8@t$i
  • Gunakan passphrases pendek dengan aksara khas bagi memisahkan dan menyukarkan hacker tetapi mudah diingati seperti cry% like@me (cry like me)
  • Jangan guna password berkaitan diri sendiri seperti nombor IC, tarikh lahir, alamat rumah dan sebagainya
  • Elakkan menggunakan password yang sama untuk akaun yang berbeza, jika 1 akaun dipecah masuk, yang lain akan dapat dipecah masuk juga
  • Jangan tulis password anda dan simpan di tempat tidak selamat. Jika sukar untuk anda ingat kata laluan yang berbeza untuk akaun yang berbeza, anda boleh cuba menggunakan aplikasi pengurusan kata laluan seperti RoboForm , 1Password , LastPass.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -