Mac 03, 2014

The Guardian telah mendedahkan bahawa US National Security Agency (NSA) telah menolong British Government Communications Headquarters (GCHQ) untuk menangkap dan menyimpan imej-imej bogel dan lain-lain dari perbualan webcam -berjuta pengguna Yahoo yang tidak curiga.

Dokumen diserahkan kepada Guardian oleh bekas kontraktor NSA Edward Snowden menunjukkan bahawa GCHQ bekerja dengan perisikan agensi AS NSA pada projek bersama digelar sebagai 'Optic Nerve'. 

Projek ini dijalankan program pengawasan secara besar-besaran di mana mereka menagkap imej webcam setiap lima minit dari perbualan video pengguna Yahoo secara rawak dan disimpan di dalam sistem database.

Projek ini tidak mensasarkan pengguna individu sebaliknya ia mensasarkan Yahoo webcam chat antara 2008 dan 2010.

Dalam masa enam bulan dari tempoh tersebut sahaja, imej-imej daripada kira-kira 1.8 juta pengguna ditangkap dan disimpan di dalam server kerajaan pada tahun 2008.

Program menyimpan log satu imej setiap lima minit dari chat pengguna dan dokumen itu mengatakan bahawa di antara 3 dan 11 peratus daripada imej yang diambil mengandungi "gambar bogel yang tidak diingini".






Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -