Mac 03, 2014

Tor Browser Bundle kini sedang mengusahakan alat privasi baru yang dikenali sebagai 'Tor Instant Messaging Bundle' ( TIMB ) yang akan membantu anda untuk komunikasi disulitkan untuk menjaga perbualan dalam talian peribadi.

Tor adalah perisian percuma yang membolehkan pengguna melayari Internet secara Anonymous kebanyakannya digunakan oleh aktivis dan wartawan untuk menyembunyikan aktiviti dalam talian mereka.

TIMB adalah sistem chat tanpa nama dimana semua data bual melalui rangkaian Tor ini disulitkan menggunakan pelayan proksi untuk menyembunyikan identiti penggunanya.

Tor Instant Messaging Bundle akan menyulitkan mesej pengguna beberapa kali termasuk destinasi IP, menjadikan ia cukup sukar untuk mengesan sumber asal.

Aplikasi seperti ini mendapat perhatian pengguna sejak beberapa kerajaan terlibat dalam pengumpulan data yang meluas berkenaan rakyatnya.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -