Februari 12, 2014

Hari Valentine (mungkin tidak popular dikalangan Muslim kerana tidak dibenarkan) - adalah satu hari dimana setiap pasangan meluahkan emosi mereka kepada yang tersayang dengan menghantar e-kad, membeli hadiah khas di pelbagai kedai online untuk membuat pasangan kita rasa istimewa.

Ketika anda sibuk mencari hadiah sesuai untuk orang yang anda sayangi, penjenayah siber juga sibuk dalam mengambil kesempatan daripada peristiwa itu dengan menyebarkan pelbagai malware (trojan, virus, worm), kempen phishing (mencuri maklumat peribadi pengguna) dan skim penipuan ini menjadi lombong emas bagi penjenayah siber.

Penipuan membeli-belah dalam talian adalah popular di kalangan penjenayah siber kerana ia adalah cara yang paling mudah bagi hacker untuk mencuri wang dengan cara yang mudah dan tidak dapat dikesan.

Penyelidik Keselamatan di firma anti virus -Trend Micro menemui pelbagai ancaman di Hari Valentine seperti emel promosi penghantaran bunga yang biasa tetapi link sebenarnya membawa kepada pelbagai penipuan kaji selidik.

Penyerang akan menghantar spam mempromosikan tawaran untuk bunga, makan malam romantis, barang kemas, atau hadiah berkaitan. Jika anda klik pada tawaran itu, ia mungkin akan membawa anda ke laman web yang berniat jahat, atau ia boleh membawa anda ke sebuah laman web yang kelihatan sah (tetapi sebenarnya palsu) dan meminta maklumat kad kredit anda dan maklumat peribadi lain untuk "menyiapkan pesanan".

Hari ini dengan populariti telefon Android dan iPhone, jenayah lebih mudah dilakukan. Pakar keselamatan telah mengesan pelbagai aplikasi malware yang disengajakan, satu daripadanya adalah 'Valentine’s Day 2014 Wallpaper.' Aplikasi ini telah merekodkan lokasi pengguna dan sejarah pelayaran internet (browsing history) tanpa kebenaran pengguna.

Satu lagi aplikasi adalah 'Valentine's Day Frames' bertujuan untuk menambah bingkai gambar menarik kepada gambar yang telah diambil tetapi pada masa yang sama aplikasi ini telah membaca senarai nombor telefon yang terdapat dalam telefon tersebut.

Berikut adalah beberapa tips keselamatan bagi setiap setiap pengguna Internet:

  • Jangan buka e-mel dan klik pautan dari sumber/penghantar yang tidak diketahui .
  • Jangan buka fail yang dilampirkan bersama e-mel yang datang dari sumber/penghantar yang tidak diketahui
  • Jika ingin membuat pembelian dalam talian, sentiasa amalkan untuk menaip URL laman web tersebut dan bukannya melalui mana-mana pautan yang telah dihantar ke anda.
  • Sentiasa update antivirus anda untuk mengesan malware terbaru



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -