Februari 28, 2014

Syarikat aeroangkasa terbesar dunia - Boeing akan melancarkan Smartphone Android dengan keselamatan tinggi yang dipanggil "Boeing Black (H8V-BLK1)", direka untuk komunikasi yang selamat terutamanya antara agensi-agensi kerajaan dan kontraktor mereka.

E-mel disulitkan, mesej selamat (secured) dan perkhidmatan privasi lain berkembang pesat berikutan program pengawasan oleh National Security Agency (NSA).

Boeing Black Smartphone boleh musnah dengan sendiri jika ia diusik untuk memusnahkan semua data di dalamnya. Telefon ini ditutup dengan kukuh dan sebarang percubaaan untuk membukanya akan merosakkan sistem operasi dan fungsi peranti.

Boeing Black (H8V-BLK1) tidak boleh didapati untuk pengguna awam kerana ia direka untuk agensi-agensi kerajaan, pertahanan dan keselamatan dalam negeri sahaja. 


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -