Popular Post

Februari 21, 2014

Aktiviti seorang lelaki mengaut untung hasil jualan 150 keping cakera padat perisian komputer cetak rompak bernilai RM160,000 berjaya ditumpaskan.

Dia diberkas penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor di tapak parkir kereta berhampiran sebuah pasar raya di Seksyen 13 dekat Shah Alam Selasa lalu.

Kesemua cakera padat itut mengandungi perisian Microsoft Windows ciplak.

Suspek berusia 27 tahun itu dipercayai sebagai ‘runner’ dan sudah aktif kira-kira tiga bulan dan menggunakan modus operandi dengan menjual perisian tersebut secara atas talian.

Othman berkata, perisian itu dijual dengan harga RM200 hingga RM350 berbanding harga original sekitar RM1,000 hingga RM1,200.

Lelaki berasal dari pantai timur itu kini direman tiga hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM20,000 bagi setiap satu salinan dan minimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pandai sindiket ni, perisian palsu tapi bungkusan macam original. Agaknya dah berapa ramai yang terkena? Apa yang dilakukan sindiket ini adalah 'social engineering' iaitu mendapatkan kepercayaan pengguna untuk membeli barang tiruan tersebut.

Manusia pula bila dah dapat barang original pada harga yang murah, mestilah rambang mata dan tidak sabar untuk membelinya.


{ 1 Pembaca Dah Tinggalkan Komen... read them below or add one }

  1. disc game pn org bwt cmni.. sampai ada rm100 1game.
    baru jumpa web BB ni, layan juga..
    teruskan update ye..

    BalasPadam

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -