Memaparkan catatan dengan label apple. Papar semua catatan
Cara Mudah Dial Nombor Telefon Dengan Extension Secara Automatik di iPhone
Memanggil nombor telefon dikendalikan oleh pengendali automatik boleh membuatkan kita menunggu lama. Biasanya suara pada hujung menyenaraikan pilihan untuk pengguna pilih sebelum sampai kepada orang yang kita kehendaki.
Berikut adalah cara licik untuk melepaskan diri daripada mesin dan terus kepada orang yang kita kehendaki jika kita tahu nombor 'extension' orang tersebut.
1. Katakanlah anda menelefon kawan di syarikat dengan nombor telefon 234-5678. Extension rakan anda adalah 9101. Masukkan dulu nombor telefon yang asal.
2. Pegang jari anda pada butang * sehingga koma muncul. Ini dikenali dalam telefon sebagai tanda 'pause'.
3. Masukkan nombor extension dan tekan call.
Koma yang anda masukkan akan mengarahkan iPhone anda untuk pertama memanggil nombor utama, dan kemudian dail sambungan tersebut. Maksudnya anda tidak perlu mendengar balasan dari operator atau mesin penerima panggilan.
Pengguna iPhone Dakwa Bateri Cepat Habis Dengan iOS 7.1
Kebanyakan orang bersetuju bahawa iOS 7.1 terkini Apple telah membuat segala-galanya lebih cepat tetapi malangnya ia mungkin juga termasuk bateri yang cepat habis.
Menurut aduan di Twitter dan forum perbincangan Apple, perisian iOS 7.1 baru telah menyebabkan bateri beberapa pemilik iPhone untuk mati lebih cepat.
Ars Technica melakukan beberapa ujian dan mendapati bahawa walaupun kemas kini daripada iOS 6 ke iOS 7 membawa statistik yang signifikan dalam hayat bateri tetapi kemas kini daripada iOS 7.0 ke IOS 7.1 tidak memberi kesan besar kepada iPhone atau penggunaan bateri iPad.
Walau bagaimanapun, aduan tentang perkara ini semakin meningkat.
Pengguna Apple di Eropah Jadi Sasaran Phishing Emel
Satu kempen phishing baru mensasarkan pengguna Apple di Eropah yang menjanjikan tawaran diskaun dikesan.
Emel spam baru mensasarkan pengguna Apple menipu pengguna dengan membuatkan pengguna berfikir bahawa mereka boleh mendapatkan diskaun sebanyak 150 euro dengan hanya membayar 9 euro.
"Apple memberi ganjaran kepada pelanggan jangka panjang. Kesetiaan anda untuk produk kami menjadikan kamu layak untuk membeli kad diskaun Apple" emel spam.
Emel spam meminta pengguna untuk memuat turun fail HTML yang dilampirkan dan mengisi borang, di mana pengguna diminta untuk memasukkan maklumat peribadi serta maklumat kad kredit.
Mereka membuatkan emel yang berpura-pura dari informs@apple.com. Mereka juga berjanji untuk menghantar kad diskaun dalam masa 24 jam, selepas mengisi borang.
Jika penerima mengikut panduan dan mengisi borang, fail phishing akan menghantar data kepada pelayan penyerang dan akan menggunakan data kewangan yang diberikan .
Download Now | Apple Telah Keluarkan Fix Untuk OS X Security Bug
Apple mengeluarkan kemas kini untuk sistem OS X Mavericks operating system (OS X 10.9.2) untuk menangani kecacatan kritikal pada keselamatan SSL. Ia datang setelah Apple mengeluarkan update iOS untuk menangani pepijat (bug) yang sama.
OS X 10.9.2 juga menambah ciri-ciri baru termasuk sokongan untuk panggilan audio FaceTime, panggilan menunggu FaceTime dan iMessage pada Mac.
Untuk memulakan kemas kini, klik ikon Apple di bahagian atas sebelah kiri bar Mac anda dan kemudian pilih Software Update.
Pengguna iOS Apple Dinasihatkan Update ke iOS 7.0.6
Apple mengeluarkan patch terbaru iOS 7.0.6 bersaiz 35.4 MB yang mengandungi tampalan keselamatan kritikal bagi SSL encryption.
Sebelum ini penggodam boleh memintas e-mel dan komunikasi lain yang disulitkan (encrypted) dalam iPhone, iPad dan Mac komputer.
Kelemahan itu diberikan kod CVE-2014-1266 dan memberi kesan kepada kedua-dua iOS dan sistem operasi X.
Serangan Man-in-the middle
Jika penyerang mempunyai akses kepada rangkaian network yang sama seperti kedua-dua berkongsi perkhidmatan wayarles yang sama, penggodam boleh memintas komunikasi antara pengguna dan laman web yang dilindungi seperti Gmail dan Facebook.
Jadi silalah update operating sistem anda. Update tersebut boleh didownload daripada website Apple.
Kelemahan iOS Membolehkan 'Find My iPhone' Ditutup Tanpa Password
Pengeluar telefon pintar seperti Apple membuat satu aplikasi untuk pemilik mengesan dan menguruskan telefon mereka jika hilang atau dicuri.
Biasanya, iPhone memerlukan kata laluan jika anda mahu mematikan "Find My iPhone", tetapi ia tidak sepenuhnya sempurna dan pencuri kini cukup bijak untuk mematikan aplikasi 'Find My iPhone' pada peranti yang menggunakan iOS 7.0.4 dan versi yang lebih rendah, tanpa perlu untuk memasukkan kata laluan.
Kaedah eksploitasi melibatkan beberapa langkah mudah yang melibatkan hanya perlu membuat perubahan dalam tetapan iCloud, walaupun mereka tidak tahu kata laluan.
Langkah-langkah untuk hack 'Find My iPhone':
- Pergi ke iCloud dalam setting.
- Pilih akaun anda.
- Masukkan password yang tidak betul, dan tekan 'done'.
- Apabila keluar amaran 'wrong password', tekan OK dan cancel.
- Pilih semula akaun anda.
- Kosongkan kotak 'description' dan kemudian tekan 'Done'.
- Anda akan mendapati aplikasi 'Find My iPhone' akan tertutup.
Kaedah hack ini perlu kepada akses secara terus kepada telefon terbabit. Perkara ini boleh dilakukan apabila telefon tidak disetkan password untuk membukanya atau tidak mengaktifkan alan pengesan cap jari. Kaedah ini tidak dapat dilakukan kepada iOS 7.1.
Tip keselamatan:
- Update iOS anda kepada iOS 7.1 dan keatas bila sudah dikeluarkan
- Sentiasa aktifkan finger print atau password untuk membuka telefon
- Aktifkan "Apple’s device Lock system", yang akan menyekat pencuri daripada memadam atau menggunakan semula telefon tersebut kecuali memasukkan Apple ID dan password.
Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Flappy Bird Palsu
Mungkin anda pernah dengar tentang game Flappy Bird, game yang hanya perlu dimainkan dengan menekan touchscreen untuk membuatkan burung tersebut terbang ke atas dan ke bawah melalui paip yang menjadi halangan.
Beberapa hari lalu, penciptanya Dong Nguyen telah membuang game tersebut daripada App Store dan Play Store. Tetapi kerana popular, game ini telah menjadi pilihan penjenayah dan boleh didapati di luar daripada pasaran App Store dan Play Store.
Seperti yang anda lihat, ia kelihatan seperti game yang sebenar dengan nama dan ikon yang sama. Tetapi jika anda perhatikan kebenaran (permission) aplikasi asal dan membandingkannya dengan yang palsu, anda dengan cepat akan melihat apa yang berubah.
Ada pula yang mengambil kesempatan menaikkan harga smartphone kerana terdapat game Flappy Bird di dalamnya.
Jadi berhati-hatilah untuk memilih aplikasi dan permainan (games) yang anda install dalam smartphone anda.









