Februari 13, 2014

Mungkin anda pernah dengar tentang game Flappy Bird, game yang hanya perlu dimainkan dengan menekan touchscreen untuk membuatkan burung tersebut terbang ke atas dan ke bawah melalui paip yang menjadi halangan.

Beberapa hari lalu, penciptanya Dong Nguyen telah membuang game tersebut daripada App Store dan Play Store. Tetapi kerana popular, game ini telah menjadi pilihan penjenayah dan boleh didapati di luar daripada pasaran App Store dan Play Store.

Seperti yang anda lihat, ia kelihatan seperti game yang sebenar dengan nama dan ikon yang sama. Tetapi jika anda perhatikan kebenaran (permission) aplikasi asal dan membandingkannya dengan yang palsu, anda dengan cepat akan melihat apa yang berubah.

Ada pula yang mengambil kesempatan menaikkan harga smartphone kerana terdapat game Flappy Bird di dalamnya.

Jadi berhati-hatilah untuk memilih aplikasi dan permainan (games) yang anda install dalam smartphone anda.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -