Februari 13, 2014

Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Penahanan wanita itu disahkan polis Selangor menerusi status akaun Facebook yang baru dimuat naik sejam yang lalu dengan mengatakan wanita itu ditahan di Sungai Jelok, Kajang.

Beberapa peralatan turut dirampas bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Dalam blog berkenaan wanita terbabit secara terbuka menghina Sultan Selangor dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.

Tindakan wanita itu kemudian menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan satu laporan polis dibuat.

Nota: Apa yang hendak saya kongsikan di sini adalah selagi mana seorang manusia itu bersambung (connect) dengan dunia Internet, jangan ingat tiada siapa yang tahu lokasi kita. Segala maklumat seperti IP address, lokasi geografi akan direkodkan.

Kecuali anda seorang yang pakar dalam menyembunyikan maklumat-maklumat peribadi anda. Bagaimana? Bagi yang berminat dengan dunia computer security, mungkin anda boleh Google -> surf web anonymously



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -