- Back to Home »
- backdoor , galaxy , samsung »
- Backdoor Tersembunyi Di Telefon Samsung Galaxy Bolehkan Intip Pengguna Secara Jauh
Mac 17, 2014
Satu backdoor tersembunyi dalam Android versi yang diubah suai dalam 9 model Samsung Galaxy boleh membenarkan penyerang untuk mengintip data pengguna secara jauh termasuk mengintip pengguna menggunakan perkakasan seperti sistem GPS, kamera dan mikrofon.
Model terjejas telefon bimbit Galaxy termasuk telefon pintar popular seperti Galaxy Note 2, Galaxy S3 dan Nexus S dihantar dengan satu program yang membenarkan modem bebas untuk melaksanakan operasi jauh termasuk memantau pengguna dari jauh dan juga mengubah suai data pengguna menurut laporan PC World.
Penyelidik mendapati bahawa protokol IPC Samsung yang berjalan di belakang (run in the background) untuk pemproses komunikasi dan membolehkan modem untuk membaca dari jauh, menulis dan memadam fail pada storan telefon pengguna.
IPC protokol Samsung melaksanakan kelas pertanyaan dikenali sebagai "RFS commands" yang membolehkan modem untuk melaksanakan operasi I/O secara jauh pada penyimpanan telefon.