Mac 18, 2014

Golongan pengayuh beca di negeri Melaka sanggup berhabis wang menghiasi beca mereka selain menyediakan kemudahan teknologi komunikasi terkini seperti WiFi demi menarik perhatian pelancong menggunakan perkhidmatan itu.

Mereka sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk aksesori dan sistem audio semata-mata membuatkan beca mereka kelihatan menarik di mata umum selain bayaran bulanan WiFi. 

Salah seorang pengayuh beca di negeri tersebut, Mohamad Hasan Dolah, 56, berkata, dia memperuntukkan RM500 setiap lima bulan bagi menghiasi becanya supaya kelihatan menarik. 

Ketika mula berjinak dalam bidang pekerjaan ini sejak hampir enam tahun lalu, dia sudah menghabiskan kira-kira RM3,000 untuk mengubah suai beca dengan pelbagai hiasan selain melengkapkan beca dengan sistem audio terbaik.

Dia adalah peminat tegar kumpulan ‘Scorpion’ dan mengambil peluang ini untuk berkongsi minat dengan pelanggan dari dalam dan luar negara dengan memainkan lagu popular dari kumpulan itu selain turut menghias beca dengan arca gergasi berbentuk kala jengking di atas bumbung beca.

P/s: Pakcik jangan lupa letak password di WIFI tu, takda la pakcik susah-susah bayar, orang lain yang guna.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -