Mac 16, 2014

Hacker sangat bijak dan sering mencari peluang untuk memperdaya mangsa. Kali ini mereka menggunakan kes kapal terbang MAS MH370 yang hilang yang memberi mereka peluang untuk merampas operasi akaun Facebook anda dan mempunyai update pada setiap berita yang berkaitan dengan pesawat Malaysia.

Spammer mengambil kesempatan daripada kes tersebut menyebarkan spam malware di Facebook, menyalahgunakan misteri di sebalik MH370 pesawat Malaysia yang telah hilang pada masa ia terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Para penggodam membawa pengguna Facebook ke laman web yang berniat jahat dengan menggunakan pos Facebook palsu mendakwa bahawa Malaysia Airlines MH370 sebuah pesawat Boeing 777-200 telah ditemui di Segitiga Bermuda dengan penumpang-penumpangnya masih hidup dan menjemput pengguna untuk klik pautan untuk melihat berita rakaman video.

Apabila pengguna klik untuk menonton video, mereka digesa untuk berkongsi sebelum boleh memerhati video tersebut.




{ 2 Pembaca Dah Tinggalkan Komen... read them below or Comment }

  1. blog budak botak dah tukar design. lebih kemas dan smart!! I like :D

    ttg MH370 yang kononnya dah dtemui ni berlambak kat facebook -_-

    My Latest Updated :
    1. http://bit.do/People-Not-Monkeys
    2. http://bit.do/Cute-Alien

    BalasPadam
  2. Salah kita jugak yang cepat sangat nak klik link yang ada kat fb tu dan menyebabkan cerita palsu cepat tersebar..

    BalasPadam

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -