Mac 01, 2014

Di planet ini, kira-kira 40% daripada penduduk Bumi masih tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan internet.

Jadi, ada berita baik untuk semua yang masih tidak berpeluang mendapat perkhidmatan Internet - Akses Internet Global Percuma WiFi dipanggil 'Project Outernet' bakal dibangunkan.

Sebuah organisasi bukan keuntungan Media Development Investment Fund (MIDF) yang berpangkalan di New York telah mengambil inisiatif untuk akses Internet tanpa mengira lokasi geografi.

Outernet yang akan memberikan Internet percuma tanpa penapisan dari orbit.

Beberapa ratus satelit mini kos rendah (cubesats) akan dihantar ke angkasa di orbit Bumi. 

Bagi memperluaskan pelbagai kawasan perkhidmatan, Cubesats ini akan menggunakan protokol standard yang diterima secara universal seperti DVB, Digital Radio Mondiale dan User Datagram Protocol (UDP) WiFi Multitasking.

Pengarah MDIF berkata inovasi ini akan mengambil masa tiga tahun dan $12 bilion untuk membolehkan projek ini berjalan.

Inovasi seperti ini tentunya akan membawa cabaran baru dalam bidang keselamatan komputer (computer security).



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -