Februari 15, 2014

Aplikasi smartphone Snapchat yang membolehkan pengguna berkongsi gambar dengan rakan-rakan menjadi kegilaan di kalangan remaja. Ia pertama kali digodam pada bulan Disember apabila 4.6 juta data pengguna terdedah.

Mohamed Ramadan, seorang penyelidik keselamatan dari Mesir telah ternampak kelemahan baru pada Snapchat yang membolehkan penyerang untuk memasukkan kata laluan secara random terhadap nama pengguna sehingga anda mendapat kata laluan yang betul .

Kelemahan ini membolehkan sesiapa sahaja yang mengetahui e-mel anda untuk mencuba kata laluan beratus (malah beribu kali) tanpa apa-apa perlindungan dari pihak Snapchat seperti sekatan (block) selepas beberapa kali percubaan.

Beliau menemui kecacatan keselamatan ini pada lewat tahun 2013, melaporkan kepada pasukan keselamatan Snapchat dan mereka mengambil masa 2 bulan untuk membaikinya.

Snapchat menjadi amat popular sehingga Facebook pernah menawarkan $3 Billion untuk membelinya tetapi Ketua Pegawai Eksekutif SnapChat menolak tawaran itu.


Tip:

  • Sentiasa gunakan password yang susah untuk diteka oleh orang lain




{ 1 Pembaca Dah Tinggalkan Komen... read them below or add one }

  1. tak pernah tahu aplikasi ni pon.hahaha. nampak sgt pakai nokia bt den ketinggalan -..-

    BalasPadam

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -