Memaparkan catatan dengan label apple. Papar semua catatan

Cara Mudah Dial Nombor Telefon Dengan Extension Secara Automatik di iPhone

Memanggil nombor telefon dikendalikan oleh pengendali automatik boleh membuatkan kita menunggu lama. Biasanya suara pada hujung menyenaraikan pilihan untuk pengguna pilih sebelum sampai kepada orang yang kita kehendaki.

Berikut adalah cara licik untuk melepaskan diri daripada mesin dan terus kepada orang yang kita kehendaki jika kita tahu nombor 'extension' orang tersebut.

1. Katakanlah anda menelefon kawan di syarikat dengan nombor telefon 234-5678. Extension rakan anda adalah 9101. Masukkan dulu nombor telefon yang asal. 

2. Pegang jari anda pada butang * sehingga koma muncul. Ini dikenali dalam telefon sebagai tanda 'pause'. 

3. Masukkan nombor extension dan tekan call. 

Koma yang anda masukkan akan mengarahkan iPhone anda untuk pertama memanggil nombor utama, dan kemudian dail sambungan tersebut. Maksudnya anda tidak perlu mendengar balasan dari operator atau mesin penerima panggilan.  




Pengguna iPhone Dakwa Bateri Cepat Habis Dengan iOS 7.1

Kebanyakan orang bersetuju bahawa iOS 7.1 terkini Apple telah membuat segala-galanya lebih cepat tetapi malangnya ia mungkin juga termasuk bateri yang cepat habis.

Menurut aduan di Twitter dan forum perbincangan Apple, perisian iOS 7.1 baru telah menyebabkan bateri beberapa pemilik iPhone untuk mati lebih cepat.

Ars Technica melakukan beberapa ujian dan mendapati bahawa walaupun kemas kini daripada iOS 6 ke iOS 7 membawa statistik yang signifikan dalam hayat bateri tetapi kemas kini daripada iOS 7.0 ke IOS 7.1 tidak memberi kesan besar kepada iPhone atau penggunaan bateri iPad. 

Walau bagaimanapun, aduan tentang perkara ini semakin meningkat.



Pengguna Apple di Eropah Jadi Sasaran Phishing Emel

Satu kempen phishing baru mensasarkan pengguna Apple di Eropah yang menjanjikan tawaran diskaun dikesan.

Emel spam baru mensasarkan pengguna Apple menipu pengguna dengan membuatkan pengguna berfikir bahawa mereka boleh mendapatkan diskaun sebanyak 150 euro dengan hanya membayar 9 euro.

"Apple memberi ganjaran kepada pelanggan jangka panjang. Kesetiaan anda untuk produk kami menjadikan kamu layak untuk membeli kad diskaun Apple" emel spam.

Emel spam meminta pengguna untuk memuat turun fail HTML yang dilampirkan dan mengisi borang, di mana pengguna diminta untuk memasukkan maklumat peribadi serta maklumat kad kredit.

Mereka membuatkan emel yang berpura-pura dari informs@apple.com. Mereka juga berjanji untuk menghantar kad diskaun dalam masa 24 jam, selepas mengisi borang.

Jika penerima mengikut panduan dan mengisi borang, fail phishing akan menghantar data kepada pelayan penyerang dan akan menggunakan data kewangan yang diberikan .


- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -