Memaparkan catatan dengan label emel. Papar semua catatan
Pengguna Apple di Eropah Jadi Sasaran Phishing Emel
Satu kempen phishing baru mensasarkan pengguna Apple di Eropah yang menjanjikan tawaran diskaun dikesan.
Emel spam baru mensasarkan pengguna Apple menipu pengguna dengan membuatkan pengguna berfikir bahawa mereka boleh mendapatkan diskaun sebanyak 150 euro dengan hanya membayar 9 euro.
"Apple memberi ganjaran kepada pelanggan jangka panjang. Kesetiaan anda untuk produk kami menjadikan kamu layak untuk membeli kad diskaun Apple" emel spam.
Emel spam meminta pengguna untuk memuat turun fail HTML yang dilampirkan dan mengisi borang, di mana pengguna diminta untuk memasukkan maklumat peribadi serta maklumat kad kredit.
Mereka membuatkan emel yang berpura-pura dari informs@apple.com. Mereka juga berjanji untuk menghantar kad diskaun dalam masa 24 jam, selepas mengisi borang.
Jika penerima mengikut panduan dan mengisi borang, fail phishing akan menghantar data kepada pelayan penyerang dan akan menggunakan data kewangan yang diberikan .
Phishing Attack | Fakta Yang Patut Diketahui Ramai
Apa itu "Phishing"?
Phishing merupakan usaha biasanya dibuat melalui e-mel untuk menipu anda untuk mendedahkan data peribadi anda kepada penyerang.
E-mel phishing biasanya kelihatan seperti datang daripada sebuah organisasi yang terkenal dan meminta maklumat peribadi anda seperti nombor kad kredit, nombor akaun atau nama login dan kata laluan.
Di Malaysia, kebanyakan serangan phishing dikesan kepada pengguna perbankan.
Untuk berjaya dalam teknik ini, penjenayah siber akan mengarahkan anda ke sebuah laman web yang kelihatan seperti laman perbankan Internet yang sah tetapi ia tidak.
Ini dilakukan dengan menghantar e-mel yang datang dari bank anda dengan pautan (link) yang membawa anda ke laman web penipuan apabila diklik.
Apabila anda memasukkan butiran anda dan hantar melalui laman web palsu, maklumat itu akan direkod oleh penjenayah siber untuk mendapatkan akses ke akaun perbankan internet anda.
Phishing e-mel biasanya mewujudkan rasa takut kerugian kewangan kepada pengguna dengan:
1. Mengancam untuk menutup atau menggantung akaun anda jika anda tidak bertindak balas. Caj-caj penalti untuk membuka semula akaun.
2. Mendakwa bahawa akaun anda telah dikompromi atau bahawa terdapat aktiviti penipuan dalam akaun anda.
3. Perubahan yang tidak dibenarkan ke akaun anda.
4. Bank mendakwa telah kehilangan maklumat keselamatan penting dan keperluan maklumat anda untuk mengesahkan akaun anda. Tidak dapat berbuat demikian akan menyebabkan kehilangan akaun.
Untuk mengatasinya:

- Sentiasa amalkan untuk membuka laman web yang penting (seperti laman web bank) dengan menaip URL bank tersebut BUKAN melalui emel yang dihantar.
- Laman web bank mempunyai HTTPS.
- Selepas anda masukkan username, akan keluar secureword yang anda setkan dari awal yang betul. Jika keluar maklumat yang salah seperti nama lain atau image not found, pastikan alamat URL yang betul atau username yang betul.