Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Tragedi Penerbangan Malaysia MH370 Diguna Oleh Penggodam China Untuk Espionage attacks

Misteri kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 sebuah pesawat Boeing 777-200 yang telah hilang pada masa ia terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing masih menjadi tanda tanya.

Penjenayah siber mengambil kesempatan mensasarkan tragedi MH370 untuk memerangkap pengguna Internet yang tidak bersalah.

Minggu ini, penyelidik keselamatan di FireEye telah mendedahkan mengenai pelbagai spear phishing dan serangan malware.

Menurut para penyelidik, kumpulan penggodaman China dipanggil 'admin@338', khusus dalam serangan pengintipan siber telah menghantar pelbagai phishing e-mel kepada pegawai-pegawai kerajaan di Asia Pasifik, dengan lampiran merujuk kepada penerbangan Malaysia MH370 yang hilang .

Fail lampiran sebenarnya bergabung dengan Poison Ivy RAT (alat capaian jauh ) dan WinHTTPHelper malware untuk merampas sistem komputer pegawai-pegawai kerajaan.

Satu lampiran berniat jahat melalui emel phishing mengandungi "Malaysia Airlines MH370 5m Video.exe". Lampiran berniat jahat berpura-pura untuk menjadi video Flash yang berkaitan dengan kapal terbang yang hilang.

Jika anda menerima e-mel atau apa-apa mesej di laman web media sosial yang mendakwa mempunyai maklumat atau berita mengenai Malaysia Airlines Penerbangan MH370 jangan klik pada sebarang pautan atau lampiran.




Hati-hati Dengan Malware 'Malaysia Plane MH370 Has Been Spotted'

Hacker sangat bijak dan sering mencari peluang untuk memperdaya mangsa. Kali ini mereka menggunakan kes kapal terbang MAS MH370 yang hilang yang memberi mereka peluang untuk merampas operasi akaun Facebook anda dan mempunyai update pada setiap berita yang berkaitan dengan pesawat Malaysia.

Spammer mengambil kesempatan daripada kes tersebut menyebarkan spam malware di Facebook, menyalahgunakan misteri di sebalik MH370 pesawat Malaysia yang telah hilang pada masa ia terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Para penggodam membawa pengguna Facebook ke laman web yang berniat jahat dengan menggunakan pos Facebook palsu mendakwa bahawa Malaysia Airlines MH370 sebuah pesawat Boeing 777-200 telah ditemui di Segitiga Bermuda dengan penumpang-penumpangnya masih hidup dan menjemput pengguna untuk klik pautan untuk melihat berita rakaman video.

Apabila pengguna klik untuk menonton video, mereka digesa untuk berkongsi sebelum boleh memerhati video tersebut.




2,217 Keping Kad ATM Klon Dirampas di Ampang

Polis Selangor berjaya mematahkan sindiket antarabangsa terbesar membabitkan pengklonan kad ATM yang digunakan dalam penipuan perbankan di negara Malaysia berikutan tertangkapnya dua lelaki Sri Lanka bersama 2,217 keping kad ATM klon pelbagai jenis di sebuah kondominium di Ampang dekat sini pada Isnin lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam itu, turut dirampas 58 kotak keselamatan, sebuah mesin pencetak, satu pembaca data kad, dua telefon bimbit dan satu unit komputer riba.

Seorang daripada suspek yang ditahan merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) sejak 2008 manakala seorang lagi memasuki Malaysia menggunakan visa pelancong yang tamat tempoh Januari lepas.

Modus operandi kedua-dua suspek berumur 28 dan 38 tahun yang bertindak sebagai 'runner' itu ialah menggunakan kad ATM klon dari bank luar negara untuk mengeluarkan wang RM1,000 setiap transaksi dari ATM di beberapa bank tempatan.

Siasatan lanjut turut mendapati sindiket berkenaan telah dua bulan menjalankan aktiviti itu di Kuala Lumpur dan Selangor. Siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah orang tengah yang mengeluarkan wang dari mesin ATM, manakala data akaun dan nombor pin digodam di luar negara.

Siasatan mendapati kebanyakan mangsa mereka adalah daripada Kanada.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan penipuan - petikan BERNAMA

Apa yang saya lihat tadi, mereka mempunyai senarai nombor pin untuk kad-kad tersebut. Mungkin mereka telah mendapat nombor PIN dengan meletak alatan khas di mesin ATM untuk mencuri duit. Bila nombor PIN sudah ada, apa yang mereka perlukan hanyalah kad klon untuk mengeluarkan duit di kemudian hari.

Tip:
  1. Sentiasa amalkan pengeluaran secara berhemah di ATM, maksud berhemah di sini adalah sentiasa pastikan di mesin ATM tersebut tidak terdapat sebarang alat yang mencurigakan.
  2. Sentiasa ambil tahu apa yang berlaku pada akaun anda jika terdapat pengeluaran yang mencurigakan.  


Sumber gambar - Harian Metro

Tag : , , , , ,

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -