Memaparkan catatan dengan label twitter. Papar semua catatan
Akaun Twitter Justin Bieber Digodam dan Spam Malicious Link Kepada 50 Juta Pengikut
Akaun Twitter penyanyi Pop Justin Bieber dengan 50.2 juta pengikut (follower) digodam untuk kira-kira 15 minit sebelum ia diperbetulkan.
Spammer menulis tweet dalam bahasa Indonesia/Malaysia dari akaun digodam dengan pautan kepada aplikasi Twitter berniat jahat dinamakan "ShootingStarPro" dengan mesej "Justin Bieber Cemberut ?"
Pasukan Justin cepat bertindak balas kepada isu ini dan memadam tweets palsu dan memberitahu peminat "All good now. We handled it.". He also warned his followers, "That link from earlier. Don’t click it. Virus. Going to erase this now. Spread the word. Thanks."
Mungkin beribu-ribu pengikut telah klik pada link dan jika anda juga telah klik pautan berniat jahat untuk akaun Twitter anda, maka anda perlu menukar kata laluan anda dengan segera.
Twitter Reset Kata Laluan Pengguna Secara Tak Sengaja
Lewat malam Isnin lepas, Twitter tersilap menetapkan semula kata laluan banyak penggunanya, menghantar e-mel setiap pengguna dan mencetuskan panik tentang hacking.
Amaran melalui e-mel kata laluan direset semula dihantar kepada pengguna Twitter pada hari Isnin menimbulkan banyak perbincangan di kalangan pengguna sebelum syarikat itu mengakui set semula telah dimulakan dengan tidak sengaja.
Jurucakap Twitter mengakui bahawa set semula kata laluan telah dimulakan disebabkan oleh kesilapan sistem.
Twitter katanya dalam satu kenyataan, "Kami tidak sengaja menghantar beberapa notis semula kata laluan pada malam ini kerana kesilapan sistem. Kami memohon maaf kepada pengguna yang terjejas atas kesusahan ini. "
Pengguna yang terjejas adalah lebih kurang 1% dari jumlah pengguna Twitter. Sesiapa yang menerima e-mel masih perlu melalui proses penetapan semula kata laluan.
Laman Web dan Twitter Forbes Digodam Syrian Electronic Army
Forbes menjadi mangsa serangan berprofil tinggi oleh Syrian Electronic Army ( SEA) yang menggodam beberapa laman web Forbes dan merampas tiga akaun Twitter yang berkaitan dengan laman web.
Menurut screenshot yang diterbitkan oleh pasukan tersebut, penggodam mendapat akses ke administration panel dan mengubah beberapa artikel sebelum ini kepada "Hacked by Syrian Electronic Army".
Penggodam juga menulis tweet "Syrian Electronic Army was here" dari akaun Twitter editor media Alex Knapp dan laporan kewangan peribadi Samantha Sharf.
Syrian Electronic Army terkenal kerana banyak kali menggodam laman web media barat termasuk New York Times, Washington Post, Financial Times, AP , The Guardian, dan Twitter sejak beberapa tahun lalu.




