Februari 12, 2014

Distributed Denial of Service ( DDoS) adalah salah satu kegemaran hacker untuk menggantung sementara perkhidmatan server yang disambungkan ke Internet dan sehingga kini hampir setiap laman web terkenal telah menjadi mangsa serangan ini.

DDoS secara mudah untuk difahami adalah untuk membuatkan pengguna tidak dapat akses ke laman web tersebut.

Sejak 2013, penggodam telah mencipta taktik baru untuk meningkatkan saiz serangan DDoS dikenali sebagai 'Amplification Attack' yang mengaburkan punca serangan itu (supaya tidak ditangkap), sambil membolehkan jalur lebar menigkatkan saiz serangan itu.

Semalam, penggodam telah berjaya mencapai tahap yang baru dalam serangan DDoS secara besar-besaran yang mensasarkan server syarikat Cloudfare, mencapai lebih daripada 400Gbps data trafik menyerang pelayan (server) data syarikat di Eropah.
Rekod serangan DDoS terbesar sebelum ini adalah Spamhaus DDoS attack sebanyak 300Gbps. Penyerang mengekploitasi kelemahan dalam Network Time Protocol (NTP) yang digunakan untuk menyelaraskan jam komputer. Penggodam menyalahgunakan pelayan NTP dengan menghantar 8-byte data paket UDP ke pelayan terdedah (vulnerable server) yang meminta sejumlah besar data untuk dihantar kepada IP sasaran.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -