Februari 22, 2014

Perisian Adobe Flash dan Adobe telah dipaksa untuk mengeluarkan update patch kecemasan kali kedua dalam masa kurang dari sebulan apabila terdapat kelemahan kritikal CVE-2014-0502 yang digunakan oleh penyerang dengan kod "Operation Greedywonk" yang membolehkan penyerang mengawal sistem dijangkiti dari jauh.

Laporan mengesahkan bahawa kelemahan CVE-2014-0502 membolehkan penyerang (attacker) untuk bypass perlindungan 'Address Space Layout Randomization (ASLR)' pada Windows XP, Windows 7 dengan Java versi 1.6 atau office 2007 or 2010 yang lama untuk melaksanakan kod berniat jahat (malware).

Pengguna dinasihatkan untuk:
  1. Berubah daripada Windows XP kepada versi yang terbaru
  2. Update Java anda
  3. Update Office anda
  4. Update Adobe Flash dan Adobe ke versi terbaru
Pengguna boleh melihat versi Adobe Flash yang diinstall pada laman web Adobe berikut -> http://www.adobe.com/software/flash/about/


Tip:
Anda dinasihatkan untuk set software update secara automatik kerana manusia sering kali lupa atau terlalu sibuk.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -