Februari 20, 2014

Semalam pelayan (server) permainan online percuma 'Wurm' telah diserang Distributed Denial of Service (DDoS) selepas menjadi sasaran tidak lama selepas kemas kini baru-baru ini.

Syarikat permainan online tersebut mengumumkan tawaran sebanyak €10,000 ($13,000) untuk maklumat mengenai penyerang yang terlibat dalam serangan DDOS baru-baru ini selepas syarikat tersebut kehilangan pemain, reputasi dan pendapatan.



Bagaimana serangan DDos berlaku?
Serangan tersebut berlaku apabila penyerang telah mengambil alih beberapa (mungkin beribu PC) dan menjadikannya 'zombie' (hacker dapat mengawal komputer terbabit). Mereka menggunakan komputer yang telah menjadi zombie tadi untuk menyerang mangsa.

Pernahkah anda terfikir anda sedang melayari Facebook, tapi pada masa yang sama komputer anda sedang serang orang lain? Ini boleh dilakukan apabila komputer anda telah dimasuki virus atau trojan oleh penyerang terbabit.

Bagaimana mengelakkan komputer menjadi zombie?

  • Install antivirus dan anti-trojan dan sentiasa update
  • Sentiasa amalkan untuk scan sesuatu file yang kita dapat


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -