Februari 26, 2014

Website pertukaran Bitcoin terbesar Mt. Gox telah menutup laman web, memadam status Twitter dan menghentikan semua sistem perdagangan selepas aktiviti luar biasa dikesan.
Info - Bitcoin adalah matawang yang digunakan dalam dunia Internet. Untuk mudah faham lebih kurang macam PayPal
Masalah teknikal memaksa pertukaran dan pengeluaran Bitcoin digantung selama seminggu. Mereka mengesan pemalsuan transaksi dan kecacatan yang dikatakan telah digunakan untuk mencuri semua Bitcoin bernilai kira-kira $2.7 juta daripada Silk Road 2.0.

Beberapa sumber mengesahkan bahawa lebih daripada 700,000 Bitcoin hilang dari rekod MtGox dalam serangan hack secara perlahan selama bertahun-tahun.

Minggu lepas, harga Bitcoin menurun kepada yang paling rendah iaitu $ 300 dan pada masa ini nilai pada MtGox adalah antara $300 dan $500.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -