Memaparkan catatan dengan label flappy bird. Papar semua catatan
Flying Cyrus | Flappy Bird Versi Miley Cyrus Menjadi Trend di iPhone
Flying Cyrus adalah game yang meniru Flappy Bird, game yang menjadi poplar di iPhone dan Android kecuali burung digantikan bintang pop Miley Cyrus dan paip hijau telah digantikan dengan bola besi dan penukul.
Sehingga penulisan ini, Flying Cyrus menjadi nombor 1 aplikasi percuma di App Store Apple.
Flappy Bird menerima permintaan tinggi sejak ia dikeluarkan daripada App Store dan Play Store sehingga ramai pengeluar ingin menirunya sehinggakan Apple dan Google membuang aplikasi yang mengandungi perkataan "Flappy".
Play Store dan App Store Buang Game Ada Perkataan 'Flappy'
Selepas pembuat Flappy Bird menarik aplikasi permainan tersebut dari kedua-dua App Store dan Play Store, ia membawa kepada penciptaan puluhan klon Flappy Bird yang cuba untuk mendapat wang di atas populariti tajuk asal.
Penyelidik keselamatan dari pelbagai firma anti -malware baru-baru ini mengenal pasti beberapa versi berniat jahat aplikasi Flappy Bird.
Demi untuk melindungi pengguna smartphone dari memasang aplikasi berniat jahat yang berpura-pura menjadi salah satu yang berkaitan dengan aplikasi Flappy Bird sebelumnya, Google dan Apple akhirnya mengambil keputusan untuk membuang semua permainan dan aplikasi yang mengandungi 'Flappy' dalam tajuk di kedai app mereka.
Sebenarnya apa yang saya lihat, game Flappy Bird bukan sahaja ada di Play Store dan App Store, tetapi juga terdapat di laman download Torrent dan lain. Jadi berhati-hati agar anda tidak mendownload yang palsu.
Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Flappy Bird Palsu
Mungkin anda pernah dengar tentang game Flappy Bird, game yang hanya perlu dimainkan dengan menekan touchscreen untuk membuatkan burung tersebut terbang ke atas dan ke bawah melalui paip yang menjadi halangan.
Beberapa hari lalu, penciptanya Dong Nguyen telah membuang game tersebut daripada App Store dan Play Store. Tetapi kerana popular, game ini telah menjadi pilihan penjenayah dan boleh didapati di luar daripada pasaran App Store dan Play Store.
Seperti yang anda lihat, ia kelihatan seperti game yang sebenar dengan nama dan ikon yang sama. Tetapi jika anda perhatikan kebenaran (permission) aplikasi asal dan membandingkannya dengan yang palsu, anda dengan cepat akan melihat apa yang berubah.
Ada pula yang mengambil kesempatan menaikkan harga smartphone kerana terdapat game Flappy Bird di dalamnya.
Jadi berhati-hatilah untuk memilih aplikasi dan permainan (games) yang anda install dalam smartphone anda.




