Memaparkan catatan dengan label ios. Papar semua catatan
Kelemahan iOS Membolehkan 'Find My iPhone' Ditutup Tanpa Password
Pengeluar telefon pintar seperti Apple membuat satu aplikasi untuk pemilik mengesan dan menguruskan telefon mereka jika hilang atau dicuri.
Biasanya, iPhone memerlukan kata laluan jika anda mahu mematikan "Find My iPhone", tetapi ia tidak sepenuhnya sempurna dan pencuri kini cukup bijak untuk mematikan aplikasi 'Find My iPhone' pada peranti yang menggunakan iOS 7.0.4 dan versi yang lebih rendah, tanpa perlu untuk memasukkan kata laluan.
Kaedah eksploitasi melibatkan beberapa langkah mudah yang melibatkan hanya perlu membuat perubahan dalam tetapan iCloud, walaupun mereka tidak tahu kata laluan.
Langkah-langkah untuk hack 'Find My iPhone':
- Pergi ke iCloud dalam setting.
- Pilih akaun anda.
- Masukkan password yang tidak betul, dan tekan 'done'.
- Apabila keluar amaran 'wrong password', tekan OK dan cancel.
- Pilih semula akaun anda.
- Kosongkan kotak 'description' dan kemudian tekan 'Done'.
- Anda akan mendapati aplikasi 'Find My iPhone' akan tertutup.
Kaedah hack ini perlu kepada akses secara terus kepada telefon terbabit. Perkara ini boleh dilakukan apabila telefon tidak disetkan password untuk membukanya atau tidak mengaktifkan alan pengesan cap jari. Kaedah ini tidak dapat dilakukan kepada iOS 7.1.
Tip keselamatan:
- Update iOS anda kepada iOS 7.1 dan keatas bila sudah dikeluarkan
- Sentiasa aktifkan finger print atau password untuk membuka telefon
- Aktifkan "Apple’s device Lock system", yang akan menyekat pencuri daripada memadam atau menggunakan semula telefon tersebut kecuali memasukkan Apple ID dan password.
Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Flappy Bird Palsu
Mungkin anda pernah dengar tentang game Flappy Bird, game yang hanya perlu dimainkan dengan menekan touchscreen untuk membuatkan burung tersebut terbang ke atas dan ke bawah melalui paip yang menjadi halangan.
Beberapa hari lalu, penciptanya Dong Nguyen telah membuang game tersebut daripada App Store dan Play Store. Tetapi kerana popular, game ini telah menjadi pilihan penjenayah dan boleh didapati di luar daripada pasaran App Store dan Play Store.
Seperti yang anda lihat, ia kelihatan seperti game yang sebenar dengan nama dan ikon yang sama. Tetapi jika anda perhatikan kebenaran (permission) aplikasi asal dan membandingkannya dengan yang palsu, anda dengan cepat akan melihat apa yang berubah.
Ada pula yang mengambil kesempatan menaikkan harga smartphone kerana terdapat game Flappy Bird di dalamnya.
Jadi berhati-hatilah untuk memilih aplikasi dan permainan (games) yang anda install dalam smartphone anda.



