Februari 13, 2014

Dalam dunia sekarang, kita dipenuhi dengan alat-alat pintar seperti telefon pintar (smartphone), TV pintar (smart TV), peti sejuk pintar (Smart Fridges) dan juga kereta pintar (smart car).

Walaupun dicipta untuk memudahkan pemilik mengawalnya dari jauh (contohnya menghidupkan enjin dari jauh untuk sebuah kereta) dan membuat kehidupan kita mudah dan selesa, tetapi peluang ini boleh diambil oleh hacker untuk mencederakan kita tanpa kita ketahui.

Dua penyelidik keselamatan (security researcher) - Javier Vazquez-Vidal dan Alberto Garcia Illera telah mencipta alat dipanggil Can Hacking Tools (CHT), peranti yang lebih kecil daripada smartphone tetapi cukup untuk menggodam sebuah kereta.

Alat ini kosnya kurang daripada $20 tetapi mampu mengawal keseluruhan kawalan kereta seperti tingkap, lampu, stereng dan brek. 

Peranti itu menggunakan Controller Area Network( CAN) yang dibina di dalam kereta untuk memeriksa sistem komputer dan menarik kuasa dari sistem elektrik kereta. Menyuntik kod berniat jahat (malicious code) ke CAN membolehkan penyerang untuk menghantar arahan dari komputer menggunakan wireless. 

Apabila penggodam mengawal rangkaian ini, mereka boleh mengawal lampu, kunci, stereng dan juga brek.

Mereka telah menguji alat CHT pada empat kenderaan yang berbeza dan berjaya mengawal lampu, mencetuskan penggera, mengawal stereng termasuk mengawal brek kecemasan yang membuatkan kereta itu berhenti tiba-tiba.

Sehingga kini peranti tersebut mampu untuk berkomunikasi melalui Bluetooth sahaja yang boleh mengawal dalam jarak yang dekat sahaja. Tetapi mungkin akan menaik taraf alat mereka untuk menggunakan radio selular GSM yang akan membolehkan mereka untuk mengawal dari beberapa kilometer jauhnya.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -