Februari 13, 2014

Susulan portal Sinar Harian Online kian mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca, terdapat segelintir pihak menciplak akaun media sosial Facebook portal tersebut.

Terdapat dua akaun FB palsu menggunakan nama yang menyerupai portal berita tersebut iaitu yang pertama adalah Sinar Harian Online dan yang kedua menggunakan Sinar Harian Official sedangkan nama rasmi FB hanya Sinar Harian.

Kehadiran akaun palsu tersebut yang dicipta 16 jam lalu juga telah mendapat jumlah like sebanyak 913 pengunjung (subscriber), sedangkan akaun rasmi mempunyai jauh lebih besar pengikutnya iaitu 787,000.

Akaun palsu kedua pula menggunakan nama Sinar Harian Official, namun kesahihan akaun itu diragui apabila maklumat akaun itu menunjukkan ia telah ditubuhkan pada 21 November 2012 dan pengendalinya yang bekerja di Bank Negara Malaysia yang kini menetap di Petaling Jaya serta berasal dari Melaka.

Sehubungan itu, pihak pengurusan Sinar Harian sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua admin palsu tersebut.

Kepada pembaca setia Sinar Harian, diharap anda tidak terpedaya dengan akaun palsu tersebut, dapatkan maklumat rasmi dan sahih daripada akaun asal FB Sinar Harian.

Nota: Sebenarnya benda sebegini bukannya baru, cuba lihat profil artis-artis yang mendapat ribuan like di FB, adakah anda yakin itu betul-betul asli?


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -