Popular Post

Februari 18, 2014

Perfect 10 sebuah majalah bacaan dewasa sebelum ini pernah menuduh Google, Amazon, RapidShare, Deposit File dan banyak lagi atas pelanggaran Akta Hak Cipta. Sekarang mereka telah menyaman LeaseWeb sebuah pembekal hosting atas tuduhan yang sama.

LeaseWeb sebelum ini pernah menjadi pembekal hosting laman web perkongsian fail popular 'Megaupload' dan Perfect 10 menuduh mereka menyediakan perkhidmatan hosting untuk beberapa laman web yang menjadi tuan rumah cetak rompak imej mereka.

LeaseWeb kini menyediakan hosting untuk sekurang-kurangnya 8 laman web, termasuk Imgchili.net, imgchili.com, imgtiger.com, imgserve.net, Poringa.net, ultraforos.com, ultraforos.net dan Galleryworld.info, yang mengedarkan bahan Perfect 10 tanpa kebenaran .

Lebih daripada 12,000 imej dilaporkan dan penerbit telah mendakwa kerugian untuk senarai 1256 pelanggaran hak cipta yang mana setiap satu berharga $150,000 menjadikan jumlah tuntutan sebanyak $188 juta.

Perfect 10 tidak mempunyai rekod yang baik dan mereka sentiasa menyalahgunakan dan cuba untuk mengambil kesempatan daripada Undang-undang Hak Cipta.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -