Februari 18, 2014

Pengawal selia Korea Selatan telah mendenda tiga syarikat kad kredit dan melarang mereka daripada mengeluarkan kad kredit baru selama tiga bulan sehingga 16 Mei 2014 berikutan kecurian data terbesar pernah berlaku di negara ini bulan lalu.

Kecurian data tersebut dilakukan oleh "orang dalam" yang bekerja di bahagian IT sebagai IT kontraktor di Korea Credit Bureau dan beberapa pembeli data semuanya telah ditangkap.

Data kewangan sekurang-kurangnya 20 juta orang - lebih daripada 40% daripada penduduk di negara ini telah dicuri dan dijual kepada firma pemasaran. Pekerja tersebut telah menyalin data pengguna ke USB drive.

Laporan awal menunjukkan kontraktor dan jurutera IT mampu mendapat data akses ke Korea Credit Bureau seterusnya kepada pangkalan data (database) yang dikendalikan oleh tiga firma kad kredit Korea Selatan.

Syarikat-syarikat kad kredit tersebut adalah KB Financial Group, NongHyup Financial Group dan Lotte Group - masing-masing akan dikenakan denda 6 juta won Korea ( $5,658 ).

Financial Supervisory Commission (FSC) Kora Selatan berkata bahawa tiga syarikat telah tersebut mengabaikan tugas-tugas mereka untuk mencegah sebarang kebocoran maklumat pelanggan.

Ketua-ketua firma kad kredit secara terbuka telah memohon maaf untuk kebocoran data tersebut. Beberapa eksekutif di KB Financial Group dan NongHyup Financial Group telah meletakkan jawatan, manakala yang lain di ketiga-tiga syarikat telah menawarkan peletakan jawatan mereka.

Beribu-ribu orang-orang pelanggan membanjiri cawangan tiga firma tersebut bulan lalu menuntut untuk membatalkan kad atau memiliki kad yang baru kerana kes ini.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -