Februari 18, 2014

SlickLogin telah membangunkan teknologi yang membolehkan anda untuk log masuk ke dalam akaun dalam talian menggunakan bunyi ultrasonik bukan seperti cara tradisional iaitu memasukkan nama pengguna dan kata laluan. 

Syarikat itu mendakwa teknologi tersebut menawarkan "keselamatan gred tentera" yang menggantikan kata laluan dalam proses yang hanya mempunyai dua langkah iaitu dengan meletakkan telefon sebelah komputer riba atau tablet mereka.

Apabila anda perlu mendaftar masuk melalui laman web yang mempunyai SlickLogin diaktifkan, komputer akan memainkan bunyi yang disulitkan ke dalam bunyi ultrasonik yang tidak kedengaran untuk telinga manusia tetapi Smartphone anda boleh mendengarnya.

Smartphone akan menghantar data kembali ke SlickLogin server untuk pengesahan dan akses serta-merta. Setiap bunyi yang berbeza, unik dan tidak boleh diguna semula untuk menggodam akaun.



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -