Februari 26, 2014

Satu kumpulan penjenayah siber telah menggunakan beratus-ratus ribu komputer yang dijangkiti milik pemegang mata wang digital untuk mencuri Bitcoins bernilai kira-kira $220,000 dan mata wang maya yang lain.

Para penyelidik di firma keselamatan Trustwave telah menemui malware baru yang telah digelar sebagai 'Pony', iaitu sejenis Spying Keylogger Malware dengan ciri-ciri yang sangat berbahaya yang kali terakhir ditemui dua bulan lalu.

Pony berupaya untuk menangkap (capture) semua jenis maklumat dan akses sulit. Ia boleh melihat kata laluan dan log masuk dari pengguna yang dijangkiti apabila mereka mengakses aplikasi dan laman-laman Internet.

Firma keselamatan telah mendapati bahawa botnet itu telah menjangkiti lebih 700,000 akaun dalam tempoh empat bulan di antara September 2013 dan pertengahan Januari 2014, dan membenarkan penjenayah untuk mengawal akaun-akaun.



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -