Februari 14, 2014

Seorang gadis yang dikenali sebagai Dilla dikatakan telah menjadi mangsa fitnah di laman FB yang dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh (AAS).

Di dalam posting di FB tersebut, gambar beliau dipamerkan dengan nama Hanis Suraya dari Kuala Pilah yang mempunyai karakter yang sangat garang dan mudah cemburu. Beliau dikatakan sedang mencari pasangan yang sangat penyabar dan wang hantaran yang ditetapkan ialah sebanyak RM160,000.00.

Posting tersebut telah tersebar di laman sosial dan telah mendapat komen yang negatif kerana jumalah wang hantaran yang ditetapkan terlalu tinggi.


Nota: Perkara macam ni dah banyak kali berlaku dan susah untuk di bendung. Sebab apa yang kita upload di FB atau mana-mana media sosial secara automatik adalah 'Public' dan akan menjadi tontonan ramai.

Orang ramai bebas untuk download dan upload kembali ke mana-mana laman web yang mereka suka.   

Jadi nasihat saya, apa yang tak perlu ditontonkan kepada umum, baik di'private'kan untuk tatapan ahli keluarga atau rakan-rakan sahaja.



{ 2 Pembaca Dah Tinggalkan Komen... read them below or Comment }

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -