Februari 24, 2014

Dua penjenayah bangga memuat naik gambar mereka bersama-sama barang yang mereka curi di Facebook di Britain. Tindakan itu akhirnya memakan diri apabila tindakan mereka itu menyebabkan mereka tertangkap dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun empat bulan setiap orang.

Jonathan Dougan, 26, dan Matthew Murphy, 23, melarikan motosikal, kereta berprestasi tinggi dan sebotol champagne dari rumah mangsa sepanjang tujuh bulan lepas.

Jonathan dan Matthew yang kedua-duanya masih dalam parol kemudiannya bergaya dengan barangan yang mereka curi serta memuat naik hampir 50 gambar ke akaun Facebook mereka.

Polis berjaya menangkap kedua-duanya hasil laporan seorang mangsa yang melihat keretanya di dalam akaun Facebook seorang daripada lelaki itu. Bertindak atas maklumat daripada seorang daripada mangsa, pegawai polis hanya memuat turun semua bukti yang mereka perlukan.






Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © BudakBotak.com © - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -